PEMIMPIN. Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang diberi tanggungjawab mengendalikan Kursus Pemimpin Minggu Destini Siswa (PMDS) bagi sesi Julai 2010 baru-baru ini.
Seramai 150 pelajar berkampung selama seminggu di Kolej Jati, UiTM Shah Alam, Selangor bagi mengikuti kursus tersebut.
Kursus yang dijalankan setiap kali sebelum pendaftaran pelajar baru universiti berkenaan turut disertai oleh 10 orang fasilitator dan 20 petugas urusetia.
Penyelaras program, Salina A. Rahaman berkata, peserta yang terlibat dalam kursus itu terdiri daripada ahli-ahli Majlis Perwakilan Pelajar, pemimpin persatuan dan kelab serta mahasiswa yang terpilih sahaja.
____________________________________________________________________
Kat atas nie aku amek kat Kosmo online..
bertarikh 7 JULAI 2010
No comments:
Post a Comment