Malaysia vs Lubnan 23 Jun 2011 [Tahniah]



Video sebelum mula perlwanan. Tengoklah apa yang patut. Di stadium bukit Jalil.Suasana meriah disana.


Minit ke 1: ……Sudah bermula perlawanan.

Minit ke 8: Goooool oleh Irfan Fazailll….


Minit ke 35 : Masih lagi satu kosong. Diingatkan kepada pemain malaysia jangan seri. Kalau seri advantage buat lubnan dan malaysia takda peluang dah.

Minit ke 36: Serangan dari Lubnan, hasil dari rembatan kaki kiri pemain Lubnan, Mohamad Haidar. Fuuuhh memang kencang.. bergegar palang gol MALAYSIA.. terselamat pintu gol Malaysia..

Minit ke 37: Wan Zack Haikal diibelenggu kecederaan.

Minit ke 40 : Malaysia gol lagiii yeahhh 2-0 sekarang nie. Gerakan berkualti gol dari Wan Zack Haikal. Satu gerakan yang tersusun untuk menjolok bola. Satu hantaran dari gary. Yang memecah benteng pertahanan lubnan.


Minit ke 45: Masa tambahan 2 minit. Pemain lubnan dapat kad kuning, diaorang ingat dapat penalti. Tak dapat lah beb. Huhu

Minit ke 47: Sudah tamat separuh masa pertama.Kedudukan sekarang agak selesa. Tetapi awas, jangan alpa. Kita berehat seketika.

Ulasan:

Jaringan gol pertama minit ke 8 melegakan buat skuad kebangsaan bawah 23 ini. Kebanyakkan malaysia melakukan short passing. Pujian harus diberikan kepada penjaga gol khairul fahmi kerana telah menyelamatkan gol-gol bahaya yang terkena palang tadi.

Kemungkinan lubnan akan bermain secara passing untuk separuh masa kedua nanti. Mereka ada banyak buat hantaran lang pass yang merbahaya tadi. Tetapi buat pemain malaysia bawah 23 tahun ini jangan lupa perketatkan pertahanan. Bekalan 2 gol sekrang ini melegakan buat pemain malaysia. Harap kekalkan momentum perlawanan separuh masa kedua ini. Masih ada 45 minit untuk berjuang. Terlalu awal untuk mengumumkan pemenang.

Separuh masa kedua:

Minit ke 45: Sudah bermula.

Minit ke 47: Bola banyak berada ditengah padang. Lubnan begitu membuat asakan untuk mencari gol. Nasib baik muslim banyak mengemudi barisan pertahanan disebelah kanan.

Minit ke 49: Fandi hampir menjaringkan gol , lambat sedikit. Dapat sepakan sudut buat malaysia.

Minit ke 50: Gary dikeluarkan kad kuning kedua. Alamak pemain malaysia tinggal 10 pemain.

Minit ke 52: Khairul Fahmi dibelenggu kecederaan. Aisey.

Minit ke 54: Pertukaran pemain dari malaysia . Syahrul Azwari dikeluarkan dan siapa yang masuk aku kurang pasti.

Minit ke 56: Asakan demi asakan dari lubnan apabila mendapat sepakan percuma, speakan sudut. Nasib baik cepat membuat clearance yang awal.

Minit ke 60: Pemain lubnan dilihat sebenarnya, tiada pemain yang laju berlari macam takda, cuma mereka membuat hantaran yang pantas. Ditambah malaysia, tinggal sepuluh orang sahaja. Tetapi lubnan buntu tiada serangan yang agak tumpul juga.

Minit ke 63: Alamak malaysia bolos satu, Lubnan menjaringkan gol. Kesilapan berlaku. Malaysia 2- 1, Lubnan. Gol dihasilkan oleh jaringan Chadie Atie.

Minit ke 65: Wan Zack Haikal dilayankan kad kuning. Dan kapten lubnan pun dapat kad kuning Dah 5 kad kuning dikeluarkan. Permainan psikologi sudah mula dilakukan oleh lubnan. Bahaya nih. Hafizi dibelenggu kecederaan.

Minit ke 71: Malaysia pun agak cuak, mental dan fizikal juga diuji oleh lubnan nih. Walaupun sudah mendahului satu gol, masih lagi belum boleh bernafas kerana kekurangan 1 pemain malaysia. Rentak permainan sudah mula slow. Tetapi kena berhati-hati.

Minit ke 73 : Wan Zarul Nizamcuba membuat serangan. Tetapi takda rakan yang nak assist. Aduyai.

Minit ke 75: Lubnan mula mengasak, bahaya tadi. Nasib baik dapat buat clearance. Fuhh menakutkan.

Minit ke 77: Offiside. Kalau malaysia menang, malaysia akan layak ke peringkat seterusnya. Harus elak dari seri. Kalau tidak nahaslah.

Minit ke 78: Wan zarul nizam dijatuhkan dikala hampir membuat serangan. Kad kuning oleh Lubnan, nor mansor.

Minit ke 80 : Sepakan percuma buat Lubnan. Muslim berjaya mengasak. Kena buat wall, bahaya nieh. Wahhh nasib baik khairul fahmi tumbuk bola keluar. Sepakan sudut. Serangan demi serangan dari lubnan dan bola dpat ditangkap. Muka lega dri ong kim swee. Fuhh.

Minit ke 83: Fuhh nasib baik offside. Nasib baik pandai buat perangkap offside. Ong kim swee resah dekat luar padang. Kesilapan yang sedikit bakal mengundang padang.

Minit ke 85: Muslim pantas mengeluarkan bola out. Tinggal 5 minit tidak campur masa tambahan. Resah gelisah sekarang nih.

Minit ke 86 : Sorakan dari penyokong menaikkan sedikit pemain kita.

Minit ke 86: Saamir saat pemain Lubnan membuat rembatan dari jauh. Nasib baik kena pemain pertahanan. Lubnan mengasak dengan gila-gila.

Minit ke 86: Irfan dikeluarkan diganti izaq farriz.

Minit ke 92 : Dah nak habis nih….cepattttt..

Minit ke 92: Izaq farriz membuat serangan dari kana. tetapi dibengkes. Takda bantuan.

Minit ke 93: Tamat perlwanan. Tahniah malaysia. Kedudukan penuh malaysia 2-1 Lubnan.

Sekejap lagi ulasan. Kita berehat seketika.

Separuh masa kedua. Memperlihatkan malaysia diambang maut sebenarnya kerana apabila Gary dilayangkan kad kuning kedua(kad merah pada minit ke 50 (tak sengaja pun). Keadaan sangat kelam kabut jadinya.

Serangan dari serangan lubnan yang bertubuh besar, namun tetap bertahan buat pasukan negara. Ia semakin meresahkan ong kim swee dan juga penyokong apabila pada minit ke 64 malaysia mula bolos satu kosong hasi jaringan dari Chadie Atie. Tekanan demi tekanan mula dirasai.

Apa yang dilihat, malaysia jarang sekali membuat serangan, cuma sekali sekala adalah buat.Gary stephen Robert orang yang paling lega. Hehe, kalau tak dialah orang yang disalahkan. Pemain terpaksa bekerja keras untuk terus mengekalkan rentak permainan dan pertahanan terutamanya dek kerana kekurangan satu pemain.

Pun begitu, pujian harus diberi kepada Muslim yang bekerja keras memastikan pintu gawang tidak dibolosi. Selain itu, kharul fahmi yang sebagai penjaga gol, banyak percubaan beliau menyelamatkan. Hasilnya, malasyia berjaya bertahan sehingga wisel perlawanan tamat pada minit ke 93.

Untuk pusingan seterusnya. Perlu membuat latihan dan gandakan usaha buat permainan yang dilakukan. Tinggal 12 pasukan untuk ke pusingan seterusnya yang akan berentap nanti.

Eng Kim Swee: Kesungguhan, kotmitmen pemain. Pemain bertahan pada separuh masa kedua, ia membanggakan. Beliau dapat membuktikan dari tohmahan, tekanan dari pihak yang mempertikaikan kebolehannya.

Jurulatih Lubnan: Lubnan telah lakukan terbaik untuk. Beliau kata tak puas hati dengan mutu pengadilan. Separuh masa pertama, sepatutnya mereka dapt penalti. Dan juga berkata lubnan menguasai permainan dair separuh masa pertama dan kedua. Dan peluang banyak,cuma serangan terlalu tumpul.

Sumber: http://zikrihusaini.com/keputusan-terkini-malaysia-vs-lubnan-23-jun-2011-stadium-bukit-jalil/


haha..menarik kan cara dye mengulas match Malaysia lawan Lubnan nie..
pape pon.. Tahniah Malaysia

Photobucket

No comments:

Post a Comment